Followers

Thursday, July 28, 2011

Doa Kami Sentiasa Bersama Harimau Malaya!

Assalammualaikum semua...

Tiba-tiba tergerak hati pula nak update blog ni..Ye lah,mesti sekarang ni semua rakyat Malaysia and supporter team Harimau Malaya tak sabar2 nak tunggu perlawanan timbal balik Malaysia vs Singapura, hari ini 28 Julai 2011, jam 8.45pm di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena pra kelayakan Piala Dunia 2014 [Singapura mendahuli 5-3 sekarang ni]. Walaupun kite tak main pun kat atas padang tu,tapi nervous sangat nak tunggu game malam ni!



Yang tak dapat tengok live kat Bukit Jalil malam ni, jangan risau...Sudah semestinya siaran langsung akan dibawakn terus ke kaca tv ruman anda, tak perlu bersesak2, tak perlu risau2 nak cari parking, tonton sahaja di rumah bersama keluarga, sahabat handai, saudara mara, dan kucing2 anda.

 Siaran langsung di RTM, Astro Arena etc kan ada. =) 


Walaupun tidak bersama di Bukit Jalil, yang penting semangat dan sokongan kita kepada team Malaysia tetap ada!Go Malaysia!!!Go Harimau Malaya!!!

Abg Safee tolong kasi gol banyak2 malam ni ye...Sumbat je la berapa banyak gol yg abg nak..Hihi..

Doa kami sentiasa bersama Harimau malaya~Penuhkan Stadium Bukit Jalil, kedai mamak, rumah2 and di mana sahaja dgn jersi2 team Malaysia [malam ni pakai jersi Biru daaa...]. Berikan sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan yang penting malam ni semua player tunjukkan la permainan anda semua yang bertaraf Barclay tu ye..hehe..

Apa2 pun, Semoga Berjaya, Good Luck, All The Best kepada semua pemain2 malam ni...Bermainlah berhabis-habisan, berjuang lah bermati-matian sehingga ke titisan peluh kalian yang terakhir..Baham Singa malam ni habis2!!!

Kejayaan pasti milik kita!!Malaysia Boleh!!!

p/s: Malam ni tgk di rumah je dgn family tercinta..jauuuhh nak g Bukit Jalil tu.. =)



No comments:

Post a Comment